SEMAKAN ENAM BIDANG OPERASI

Semakan Operasi Sebelum Tambah Outlet

Sebelum tambah outlet, kena tengok dulu operasi sekarang. Jawab 6 soalan ni untuk tahu bahagian mana yang masih perlu dikemaskan.

Alat percuma daripada QSolve.

Tool ni kira ikut maklumat yang anda masukkan. Hasil ni daripada formula dan peraturan tetap, bukan AI.

Mula dengan cara yang sesuai

Angka sekarang ialah contoh rekaan untuk belajar cara kiraan. Ia bukan keputusan bisnes anda.

Jawapan contoh, bukan piawaian francais yang diaudit.

Operasi hari ini

Order stok
Resipi dan sukatan
Semakan food cost
Keputusan menu dan kempen
Kerja harian dan latihan
Akses sistem dan kesinambungan kerja
Nak kira dengan lebih terperinci?

Sebelum Tambah Outlet, Cukup Tunai dan Pasukan Dah Sedia?

Maklumat tambahan ni untuk semak dengan lebih terperinci. Angka yang sama dibawa daripada kiraan ringkas; ruangan tambahan perlu diisi ikut keadaan sendiri. Angka tak dihantar atau disimpan.

Apa yang termasuk dalam kiraan ni?

Kiraan ni anggap duit jualan masuk dan kos yang ikut jualan dibayar dalam bulan sama. Peratus baki serta kenaikan jualan bulanan dikekalkan. Kos buka outlet dan deposit dibayar sekali masa mula. Deposit belum dikira dapat balik. Masukkan bayaran pinjaman, cukai dan komitmen lain yang berkaitan tanpa kira dua kali. Tunai diperlukan ni untuk tempoh pilihan anda sahaja, bukan jaminan bisnes boleh bertahan selepas tu.

Checklist operasi

Macam mana kiraan ni dibuat?

Setiap jawapan dapat 0, 10 atau 20 mata. Semua bahagian dikira sama berat. Skor ni ikut jawapan anda sendiri, bukan hasil audit.

Skor = jumlah mata / 120 × 100. Julat ialah contoh. Tiada skor mengesahkan kesediaan francais atau tambah outlet.

Cara baca skor

0-45 · Banyak bahagian perlu semak

Beberapa jawapan menunjukkan proses perlu dikemaskan. Skor ini bukan ramalan kerugian.

46-75 · Ada proses perlu kemaskan

Sebahagian proses dah ada. Semak jurang sebelum tambah outlet.

76-100 · Jawapan lebih kukuh dalam bidang ini

Jawapan menunjukkan proses lebih kukuh dalam enam bidang ini. Ini bukan pengesahan sedia tambah outlet atau francais.

Semak permintaan, kewangan dan kemampuan pasukan berasingan.

Soalan yang biasa ditanya

Skor tinggi bermaksud boleh tambah outlet?

Belum tentu. Enam soalan ni belum semak permintaan, modal, lokasi dan keadaan keseluruhan bisnes. Semua tu kena tengok juga.

Perlu AI untuk dapat skor baik?

Tak perlu. Yang kita semak ialah cara kerja dan rekod, bukan jenama sistem yang digunakan. Pilih cara yang pasukan boleh ikut.

Bincang Dengan QSolvePerbincangan awal percuma.