QSolve POS + Al-Gori AI
Sistem POS F&B untuk Faham Pelanggan dan Rancang Kempen
Dah cuba promosi, influencer dan iklan. Ada yang menjadi. Ada yang tak.
Tapi tahu tak pelanggan mana yang datang balik, apa mereka beli dan kempen apa yang sesuai untuk dibuat lepas ni?
QSolve POS + Al-Gori AI bantu baca data pelanggan. Pasukan QSolve pula bimbing anda faham apa yang sedang berlaku, supaya tahu keputusan apa nak buat.
Bincang Tentang POSKita bincang dulu, percuma. Tak perlu terus ambil servis.
Maklumat ini belum disahkan. Guna maklumat contoh rekaan sahaja. Borang ni belum dibuka untuk pelanggan sebenar.

Laporan Dah Ada. Lepas Tu Nak Buat Apa?
Laporan boleh tunjuk berapa jualan masuk. Tapi nak tahu siapa yang datang balik dan siapa dah lama tak datang, kena tengok rekod pelanggan juga.
QSolve bimbing anda baca laporan tu. Bila dah faham apa yang berlaku, baru lebih jelas apa perlu buat.
Dah Ada Data. Macam Mana Nak Guna?
Nak faham pelanggan, pembelian kena ada kaitan dengan nombor telefon atau akaun ahli mereka. Kalau tak ada maklumat tu, jualan masih direkod. Cuma kita belum tahu siapa yang membeli.
Data bantu kita faham keadaan. Keputusan tetap anda yang buat.
- Transaksi POS
Pesanan, pelanggan dan outlet
- Al-Gori AI
Baca data bisnes
- Keputusan anda
Pilih apa nak buat seterusnya
Al-Gori AI
Nak Tahu Apa Yang Berlaku Dalam Bisnes? Tanya Je Al-Gori.
Nak tahu apa yang berlaku dekat outlet? Tanya Al-Gori tentang data dalam POS. Al-Gori bantu baca data dan bagi cadangan. Semak angka tu dulu sebelum buat keputusan.

“Outlet mana paling ramai pelanggan yang dah lama tak datang, dan apa yang patut saya buat?”
- Soalan anda
- Maklumat POS
- Analisis dan cadangan
- Keputusan anda
Anda tanya. Al-Gori analisis. Anda buat keputusan.
Kumpulan pelanggan RFM dikemas kini setiap minggu. Apa yang Al-Gori boleh baca bergantung pada data yang dah direkod dalam POS.
Pelanggan Berbeza. Kenapa Semua Dapat Promosi Yang Sama?
RFM tengok bila kali terakhir pelanggan datang, berapa kerap mereka beli dan berapa banyak mereka belanja. Daripada situ, pelanggan dibahagikan kepada kumpulan yang dikemas kini setiap minggu.

- Lawatan terakhir
Bila kali terakhir mereka datang?
- Kekerapan
Berapa kerap mereka membeli?
- Perbelanjaan
Berapa banyak mereka belanja?
- Pelanggan yang kerap datang dan banyak berbelanja
- Pelanggan yang dah lama tak datang balik
- Apa yang selalu dibeli dan purata pelanggan belanja
- Corak pembelian di setiap outlet
QSolve sediakan fungsi ahli dan ajar staff cara daftar pelanggan serta kaitkan pembelian dengan akaun mereka.
Dah Tahu Siapa Pelanggan Anda. Sekarang Tahu Apa Nak Buat.
Kenal pasti pelanggan
Tengok siapa yang selalu datang, banyak belanja atau dah lama tak beli. Semak juga kalau cara mereka membeli dah berubah.
Pilih kempen yang sesuai
Tengok cadangan kempen berdasarkan data pelanggan dan pilihan strategi yang ada dalam sistem.
Jalankan kempen
Al-Gori bagi cadangan. Pasukan outlet yang tentukan tawaran dan jalankan kempen tu.
Semak hasil
Guna kod voucher khas untuk kempen tu. Semak pelanggan yang dihubungi dan siapa yang guna voucher untuk membeli.
Token AI dan penghantaran WhatsApp/SMS ada caj berasingan. Rekod voucher boleh tunjuk siapa yang guna tawaran. Ia tak mengukur semua aktiviti marketing anda.
Bincang Tentang POSAda Orang Bimbing Anda Guna Data.
Masa mula guna sistem, pasukan ajar cara guna POS, faham kumpulan pelanggan RFM dan gunakan cadangan untuk susun kempen.
Semua pakej POS baru termasuk Al-Gori dan sesi bimbingan berkala. Anda boleh bawa soalan sendiri. Jadual sesi ikut pakej yang dipersetujui.
Bimbingan POS fokus pada penggunaan sistem dan data. Kalau perlukan semakan kos atau bantuan buat perubahan dalam bisnes, kita bincang melalui servis Consulting berasingan.
Urus Kerja Harian Dalam Satu Sistem.
Beritahu cara outlet anda bekerja. Kita semak fungsi dan integrasi yang diperlukan sebelum tentukan setup.
- POS & dapur
Pesanan dan penyediaan makanan
- Stok & gudang
Inventori dan pindahan stok
- Pengurusan
Laporan daripada setiap outlet
- Jualan dan dapur: POS, pesanan, menu dan SKU
- Stok dan pembelian: gudang, inventori dan pindahan outlet
- Pasukan dan laporan: akses staf, kehadiran dan laporan outlet
- Pelanggan: keahlian, mata ganjaran dan baki tambah nilai
Pengalaman Ekosistem E-Group Solution Sejak 2016.
1,800outlet F&B
30jenama
2016sejak
Rekod 1,800 outlet dan 30 jenama merujuk kepada keseluruhan ekosistem E-Group Solution, bukan jumlah pengguna POS atau Al-Gori AI.
Antara pelanggan ekosistem ialah Nippon Sushi dan Shabuyaki by Nippon Sushi.
Nak Tukar POS? Semak Setup Dulu.
- Semak
Sistem dan data sedia ada
- Pindah
Data yang sesuai dipindahkan
- Sediakan
Peranti dan tetapan outlet
- Latih
Ajar staff cara guna sistem
Sebelum tukar POS, pasukan kena semak sistem lama, format data dan peranti yang anda guna. Lepas tu baru setuju data apa yang nak dipindahkan dan bila nak buat.
Persediaan, pindah data, pemasangan dan latihan staff dibuat ikut langkah masing-masing. Kena semak juga sama ada peranti anda boleh digunakan.
Soalan Yang Biasa Ditanya
Apa termasuk dalam pakej POS?
Semua pakej POS baru termasuk Al-Gori dan sesi bimbingan berkala. Setup ikut keperluan bisnes. Token AI dan penghantaran WhatsApp/SMS ada caj berasingan.
Macam mana sistem tahu siapa yang membeli?
Nombor telefon atau akaun ahli direkod masa pelanggan membeli. QSolve ajar staff cara daftar pelanggan dan kaitkan pembelian dengan akaun mereka.
Kalau belum ada data pelanggan?
Mula dengan daftar ahli dan kaitkan pembelian dengan akaun pelanggan. Data tu kena ada dulu, baru boleh baca cara pelanggan membeli.
Al-Gori jalankan kempen untuk saya?
Tak. Al-Gori bantu baca data dan cadangkan kempen. Pasukan outlet yang pilih tawaran dan jalankan kempen tu.
Dalam sesi bimbingan, boleh tanya apa?
Anda boleh tanya tentang penggunaan sistem dan data. Sesi ikut soalan anda, dengan jadual yang dipersetujui dalam pakej.
Kenapa tukar kalau POS sekarang masih berfungsi?
Kalau laporan dah ada tapi masih tak tahu apa perlu buat, kita bincang masalah tu dulu. QSolve ada Al-Gori dan bimbingan untuk bantu guna data. Tukar sistem hanya kalau ia sesuai dengan keperluan bisnes anda.
Terus dapat demo selepas isi borang?
Tak terus dapat demo. Pasukan akan hubungi dalam satu hari bekerja untuk faham keperluan dulu. Lepas tu baru atur demo. Guna maklumat contoh rekaan sahaja.
Boleh pindahkan data POS lama?
Kena semak sistem lama, format data dan keserasian dulu. Data apa yang boleh dipindahkan dan jadualnya dipersetujui sebelum tukar sistem.
Nak Gunakan Data Untuk Kempen Seterusnya?
Kita bincang dulu apa yang bisnes anda perlukan, percuma. Demo diatur selepas tu. Harga ikut setup yang diperlukan. Token AI dan penghantaran WhatsApp/SMS ada caj berasingan.
Bincang Tentang POSKita bincang dulu, percuma. Tak perlu terus ambil servis.
MULAKAN PERBINCANGAN
Ceritakan Masalah Bisnes Anda
Kita bincang dulu, percuma. Pasukan akan hubungi dalam satu hari bekerja. Tak perlu terus setuju ambil servis.
Guna maklumat contoh rekaan, bukan maklumat pelanggan sebenar. Borang belum dibuka kepada umum dan ayat persetujuan masih sementara.