QSolve | Penyelesaian Bisnes F&B

Jualan Penting. Tapi Nak Urus Bisnes F&B, Ada Banyak Lagi Kena Fikir.

Marketing dah buat, tapi masih tak tahu apa kena buat lepas ni? Jualan banyak, tapi untung tak nampak? Atau pasukan belum jelas cara nak buat kerja?

QSolve bantu anda faham masalah dan buat keputusan melalui POS + Al-Gori AI, konsultasi dan latihan F&B.

Bincang Dengan QSolve

Kita bincang dulu, percuma. Tak perlu terus ambil servis.

Cabaran Bisnes

Apa Yang Perlu Dibaiki Dulu?

Dalam F&B, banyak benda boleh berlaku serentak. Kos barang naik, staff tak cukup, jualan pula berubah.

Kena tahu dulu apa yang sedang berlaku. Baru boleh tentukan masalah mana nak selesaikan dulu.

Tak tahu pelanggan mana yang patut diajak datang balik.

Jualan ada, tapi kos makan untung.

Pasukan masih tak jelas siapa kena buat apa.

Masalah berbeza perlukan bantuan berbeza.

Kita faham masalah dulu. Lepas tu baru cadangkan bantuan yang sesuai.

Tiga Pilihan Bantuan

Masalah Berbeza, Bantuan Pun Berbeza.

Ilustrasi konsep POS di kaunter restoran
Ilustrasi konsep AI. Bukan paparan produk sebenar.

QSolve POS + Al-Gori AI

Faham Pelanggan. Tahu Kempen Apa Nak Buat.

Nak tahu pelanggan mana yang patut diajak datang balik? Mula dengan rekod pelanggan dan jualan.

Al-Gori bantu baca data. Pasukan QSolve bimbing anda faham apa perlu buat.

Lihat Sistem POS
Ilustrasi sesi perbincangan strategi bisnes F&B
Ilustrasi AI. Bukan foto aktiviti atau klien sebenar.

Konsultasi Bisnes F&B

Jualan Ada. Kenapa Untung Masih Nipis?

Untuk owner satu outlet yang ada jualan, tapi susah nak kawal kos.

Kita cari masalah dulu, susun apa perlu buat dan bimbing ikut skop yang dipersetujui.

Lihat Konsultasi
Ilustrasi workshop untuk pasukan F&B
Ilustrasi AI. Bukan foto aktiviti atau klien sebenar.

Latihan F&B

Belajar Dengan Masalah Bisnes Sendiri.

Belajar Operasi, Marketing atau Pentadbiran/HR ikut masalah bisnes sendiri.

Buat bahan kerja dalam kelas dan dapat feedback daripada tenaga pengajar.

Lihat Latihan

Tak perlu ambil semua servis sekali. Consulting dan Training pun boleh diambil walaupun anda guna POS lain.

Pengalaman Ekosistem

Pengalaman F&B Sejak 2016.

QSolve ialah jenama di bawah E-Group Solution.

Rekod 1,800 outlet dan 30 jenama merujuk kepada keseluruhan ekosistem E-Group Solution, bukan jumlah pengguna Al-Gori AI.

Sejak
2016
Outlet F&B
1,800
Jenama
30

Antara pelanggan ekosistem: Nippon Sushi dan Shabuyaki by Nippon Sushi.

Pengalaman ni jadi asas untuk pasukan bantu melalui sistem, konsultasi dan latihan.

Cara Bermula

Ceritakan Masalah. Kita Bincang Pilihan.

  1. Hantar pertanyaan

    Isi nama, nama bisnes dan nombor telefon. Maklumat lain tak wajib.

  2. Bincang keperluan

    Pasukan akan hubungi dalam satu hari bekerja. Kita bincang apa yang sedang berlaku dan bantuan apa yang sesuai.

  3. Tentukan apa nak buat lepas tu

    Kita terangkan pilihan dan kerja yang terlibat. Anda boleh nilai dulu sebelum buat keputusan.

Perbincangan awal percuma. Caj servis dibincangkan berasingan.

Untuk Siapa

Untuk Bisnes F&B Yang Sedang Beroperasi.

Restoran, kafe, kiosk, kedai makan dan rangkaian outlet.

Satu outlet atau banyak outlet, mulakan dengan masalah yang anda nak selesaikan.

QSolve

Tak Pasti Nak Pilih Servis Mana?

Ceritakan apa yang sedang berlaku dalam bisnes anda. Kita bincang dulu, percuma, untuk tengok bantuan mana yang sesuai.

Bincang Dengan QSolve

Pasukan akan hubungi dalam satu hari bekerja. Tak perlu terus setuju membeli.

MULAKAN PERBINCANGAN

Borang Pertanyaan

Kita bincang dulu, percuma. Pasukan akan hubungi dalam satu hari bekerja. Tak perlu terus setuju ambil servis.

Guna maklumat contoh rekaan, bukan maklumat pelanggan sebenar. Borang belum dibuka kepada umum dan ayat persetujuan masih sementara.

Soalan Yang Biasa Ditanya

Apa yang QSolve tawarkan?

Sistem POS + Al-Gori AI, konsultasi bisnes F&B dan kelas latihan Operasi, Marketing serta Pentadbiran/HR. Setiap servis boleh diambil berasingan.

Kena tukar POS untuk ambil Consulting atau Training?

Tak perlu. Anda boleh kekal dengan POS, Excel dan rekod sedia ada.

Siapa yang sesuai?

Pengusaha F&B yang sudah beroperasi, daripada satu outlet hingga rangkaian outlet.

Apa termasuk dalam POS?

Semua pakej POS baru termasuk Al-Gori dan sesi bimbingan berkala ikut jadual pakej. Token AI dan penghantaran WhatsApp/SMS ada caj berasingan.

Perbincangan awal percuma?

Ya, untuk ketiga-tiga servis. Tujuannya nak faham masalah dan tengok bantuan apa yang sesuai. Demo POS, semakan terperinci dan kelas diatur berasingan.

Apa berlaku selepas hantar pertanyaan?

Pasukan QSolve hubungi anda dalam satu hari bekerja. Pertanyaan pelanggan sebenar belum dibuka.

Bincang Dengan QSolvePerbincangan awal percuma.