KALKULATOR BREAK-EVEN OPERASI
Kalkulator Break-Even Outlet F&B
Setiap bulan, outlet kena buat berapa jualan untuk cover kos operasi? Masukkan kos tetap, baki selepas kos berubah dan purata nilai bil. Kiraan ni belum termasuk pulangan modal pembukaan atau tentukan lokasi sesuai.
Alat percuma daripada QSolve.
Tool ni kira ikut maklumat yang anda masukkan. Hasil ni daripada formula dan peraturan tetap, bukan AI.
Mula dengan cara yang sesuai
Angka sekarang ialah contoh rekaan untuk belajar cara kiraan. Ia bukan keputusan bisnes anda.
Kiraan contoh, bukan nasihat kewangan atau benchmark industri.
Nak kira dengan lebih terperinci?
Nak Capai Sasaran Untung, Kena Jual Berapa?
Maklumat tambahan ni untuk semak dengan lebih terperinci. Angka yang sama dibawa daripada kiraan ringkas; ruangan tambahan perlu diisi ikut keadaan sendiri. Angka tak dihantar atau disimpan.
Apa yang termasuk dalam kiraan ni?
Isi jualan selepas diskaun dan tanpa cukai. Margin mesti selepas semua kos yang ikut jualan ditolak. Baki operasi ni belum tolak pembiayaan, cukai, susut nilai atau pulangkan modal pembukaan. Jumlah jualan tu andaian, bukan ramalan pelanggan akan datang.
Daripada angka ni, apa yang kita boleh tahu?
Lepas tahu angka ni, apa perlu semak?
Macam mana kiraan ni dibuat?
Lepas tolak bahan dan semua caj yang ikut jualan, berapa peratus yang tinggal? Baki tu kena cover kos tetap. Kiraan ni belum pulangkan modal pembukaan dan tak menjamin jumlah pelanggan yang akan datang.
Jualan break-even = kos tetap / kadar margin selepas kos berubah. Bil sehari = jualan break-even / hari operasi / purata nilai bil, dibundarkan ke atas.
Andaian senario
Tiada keputusan kelayakan lokasi atau sasaran pulangan modal umum. Semak permintaan, semua kos dan aliran tunai berasingan.
Kiraan contoh, bukan standard industri.
Soalan yang biasa ditanya
Bil sama dengan pelanggan?
Tak sama. Satu bil boleh dibayar untuk beberapa orang. Jadi kiraan ni guna purata nilai setiap bil, bukan setiap pelanggan.
Break-even ini pulangkan modal pembukaan?
Belum. Break-even ni cuma cover kos tetap operasi ikut angka yang anda masukkan. Nak tahu bila modal pembukaan boleh dapat balik, kena kira aliran tunai bersih secara berasingan.