SEMAK PRESTASI MENU
Kalkulator Menu Engineering F&B
Ada menu yang banyak terjual, tapi baki setiap hidangan kecil. Masukkan harga, kos bahan dan unit terjual untuk bandingkan dulu sebelum ubah harga atau buat promo.
Alat percuma daripada QSolve.
Tool ni kira ikut maklumat yang anda masukkan. Hasil ni daripada formula dan peraturan tetap, bukan AI.
Mula dengan cara yang sesuai
Angka sekarang ialah contoh rekaan untuk belajar cara kiraan. Ia bukan keputusan bisnes anda.
Angka menu contoh, bukan nasihat kewangan atau benchmark industri.
Item menu
Bandingkan sehingga 8 item pilihan.
Nak kira dengan lebih terperinci?
Berapa Kos Sebenar untuk Satu Hidangan?
Maklumat tambahan ni untuk semak dengan lebih terperinci. Angka yang sama dibawa daripada kiraan ringkas; ruangan tambahan perlu diisi ikut keadaan sendiri. Angka tak dihantar atau disimpan.
Apa yang termasuk dalam kiraan ni?
Guna unit yang boleh dibandingkan: kg dengan g, liter dengan ml, atau unit dengan unit. Hasil bersih tu berapa banyak bahan masih boleh guna selepas dibersihkan atau dipotong. Masukkan kos bahan ke carta menu dan asingkan packaging. Staff, sewa dan kos lain belum ditolak.
Daripada angka ni, apa yang kita boleh tahu?
Lepas tahu angka ni, apa perlu semak?
Macam mana kiraan ni dibuat?
Menu dibahagikan ikut baki selepas kos bahan dan unit terjual, berbanding purata menu yang anda isi. Cuba ubah harga untuk tengok beza. Kiraan anggap unit terjual kekal sama, tapi pelanggan mungkin beli kurang atau lebih bila harga berubah.
Untung kasar seunit = harga jualan - kos bahan. Peratus kos bahan = kos bahan / harga jualan x 100. Penanda populariti = purata unit terjual semua item. Penanda untung = purata untung kasar seunit semua item.
Cara nilai setiap item
Untung kasar seunit
Lepas harga jualan ditolak kos bahan, berapa baki untuk satu hidangan? Itu untung kasar sebelum sewa, upah dan utiliti.
Unit terjual sebulan
Menu dikira popular ikut jumlah unit yang terjual, bukan jumlah ringgit. Jadi menu murah yang banyak orang beli masih boleh nampak popular dalam carta ni.
Purata menu sendiri
Perbandingan ikut purata menu yang anda masukkan. Bila satu harga berubah, purata pun berubah. Jadi kedudukan menu lain dalam carta boleh berubah juga.
Kedua-dua penanda guna menu yang diisi, bukan angka industri.
Soalan yang biasa ditanya
Matriks ini bandingkan apa?
Baki selepas kos bahan dan unit terjual dibandingkan dengan purata menu yang anda pilih. Sewa, gaji dan kos operasi lain belum ditolak.
Perlu buang semua item Dogs?
Tak semestinya. Kena tengok menu tu ada peranan apa, pelanggan masih nak atau tidak, dan berapa banyak kerja dapur serta stok yang diperlukan. Kedudukan dalam carta sahaja belum cukup untuk terus buang menu.