KALKULATOR OPERASI F&B
Kalkulator Margin Dine-In, Takeaway dan Delivery
Order delivery banyak, tapi berapa baki yang tinggal? Bandingkan dengan dine-in dan takeaway selepas tolak bahan, packaging, diskaun dan caj platform.
Alat percuma daripada QSolve.
Tool ni kira ikut maklumat yang anda masukkan. Hasil ni daripada formula dan peraturan tetap, bukan AI.
Mula dengan cara yang sesuai
Angka sekarang ialah contoh rekaan untuk belajar cara kiraan. Ia bukan keputusan bisnes anda.
Angka contoh sintetik. Input di sini tak dihantar atau disimpan.
Masukkan angka yang nak dikira
Kiraan berdasarkan angka contoh
Daripada angka ni, apa yang kita boleh tahu?
- Setiap order delivery, berapa baki tinggal?
- RM 7.00
- Beza baki delivery berbanding dine-in
- -RM 4.00
Lihat jadual perbandingan
| Saluran | Jualan setiap order | Kos setiap order yang diisi | Caj + cukai caj | Baki | Baki daripada jualan (%) |
|---|---|---|---|---|---|
| Dine-in | RM 20.00 | RM 9.00 | RM 0.00 | RM 11.00 | 55% |
| Takeaway | RM 20.00 | RM 10.00 | RM 0.00 | RM 10.00 | 50% |
| Delivery | RM 22.50 | RM 11.00 | RM 4.50 | RM 7.00 | 31.11% |
Lepas tahu angka ni, apa perlu semak?
Jangan tengok peratus sahaja. Bandingkan juga berapa RM yang tinggal. Semak caj sebenar dulu sebelum ubah harga delivery.
Macam mana kiraan ni dibuat?
Tukar kadar caj ikut perjanjian platform anda. Semak caj dikira sebelum atau selepas diskaun, dan cukai atas caj tu. Semua harga tak termasuk cukai jualan. Kos lain setiap order dikira sama untuk semua cara jualan. Kalau ada caj tambahan khusus untuk delivery, masukkan dalam packaging dan pengendalian delivery. Kos tetap, refund dan subsidi platform tak termasuk dalam model ni.
Hasil delivery = harga senarai × (1 − diskaun outlet %). Caj platform = asas harga dipilih × kadar caj. Cukai caj = caj platform × kadar cukai diisi. Baki = hasil − kos berubah − caj.
Cara baca hasil
Jangan tengok peratus sahaja. Bandingkan juga berapa RM yang tinggal. Semak caj sebenar dulu sebelum ubah harga delivery.
Angka asal cuma contoh rekaan untuk cuba kiraan. Kena tengok keadaan bisnes juga sebelum buat keputusan.
Soalan yang biasa ditanya
Ini kadar Grab atau foodpanda?
Bukan. Kadar yang anda nampak tu cuma contoh rekaan. Tukar ikut caj dalam perjanjian anda sendiri dengan platform.
Baki ini untung bersih?
Belum. Baki tu masih kena cover sewa, gaji tetap dan kos tetap lain.