SEBELUM BUAT KEMPEN

Kalkulator Kos Kempen Pelanggan Datang Semula

Sebelum buat kempen, kena tahu dulu kos yang terlibat. Bukan diskaun sahaja. Mesej dan hadiah pun ada kos. Bandingkan 3 situasi untuk tengok berapa pelanggan perlu guna tawaran tu sebelum kos kempen dapat ditampung.

Alat percuma daripada QSolve.

Tool ni kira ikut angka yang anda masukkan. Ia tak baca data pelanggan atau guna AI untuk hasilkan kiraan.

Mula dengan cara yang sesuai

Angka sekarang ialah contoh rekaan untuk belajar cara kiraan. Ia bukan keputusan bisnes anda.

Guna angka contoh, bukan data pelanggan sebenar. Angka anda tak dihantar atau disimpan.

Masukkan angka kempen yang nak dibuat

1. Pelanggan yang nak dihubungi
2. Tawaran dan kos
3. Jangkaan sambutan

Isi semua ruangan. Kalau tak ada kos untuk sesuatu perkara, masukkan 0. Jangan biarkan kosong.

Kiraan berdasarkan angka contoh

Daripada angka ni, apa yang kita boleh tahu?

Berapa orang perlu guna tawaran untuk cover kos kempen?
20
Berapa % daripada pelanggan yang dihubungi?
2%
Setiap kali pelanggan guna tawaran, berapa baki tinggal?
RM 10.00
Jumlah kos hantar mesej
RM 100.00
Kos mesej + kos kempen lain
RM 200.00

Ini kiraan ikut angka yang anda masukkan, bukan jaminan berapa orang akan datang. Baki ni belum tolak sewa, gaji tetap dan kos tetap lain. Ada juga pelanggan yang mungkin memang nak datang walaupun tak ada kempen.

Lihat jadual perbandingan
Bandingkan 3 situasi
SituasiPelanggan guna tawaran (%)Pelanggan guna tawaran (orang)Jualan selepas tolak voucherJumlah nilai voucher + kos hadiahBaki selepas semua kos yang diisi
Kurang sambutan2%20RM 400.00RM 100.00RM 0.00
Ikut jangkaan5%50RM 1,000.00RM 250.00RM 300.00
Lebih ramai datang10%100RM 2,000.00RM 500.00RM 800.00

Lepas tahu angka ni, apa perlu buat?

Sebelum buat promo, kena tahu dulu pelanggan mana yang nak diajak datang balik. QSolve POS + Al-Gori AI bantu baca data pelanggan dan cadangkan kempen. Pasukan outlet yang pilih tawaran dan jalankan kempen tu. Lepas kempen, baru bandingkan berapa pelanggan yang betul-betul guna voucher dengan kos sebenar.

Bincang Kempen Dengan QSolve

Macam mana kiraan ni dibuat?

Kiraan ni untuk satu kempen. Setiap pelanggan dikira guna tawaran sekali sahaja. Kos mesej termasuk semua mesej yang nak dihantar, bukan untuk pelanggan yang datang sahaja. Kos setiap order perlu termasuk bahan, packaging dan kos lain yang ikut jualan. Asingkan kos hadiah supaya tak dikira dua kali. Isi kos hadiah, bukan harga jualannya. Nilai bil mesti sebelum tolak voucher dan tak termasuk cukai. Bilangan pelanggan bagi setiap situasi dibundarkan ke bawah. Voucher dah ditolak daripada hasil jualan, jadi jangan tolak sekali lagi.

Jumlah kos kempen = kos semua mesej + kos kempen lain. Baki setiap pelanggan guna tawaran = nilai bil - voucher - kos setiap order - kos hadiah. Untuk tahu berapa orang perlu guna tawaran, bahagi jumlah kos kempen dengan baki tadi. Jika ada perpuluhan, jumlah orang dibundarkan ke atas. Kiraan ni hanya boleh dibuat kalau baki lebih daripada sifar.

Kos dah cover, tapi dah untung ke?

Baki yang anda nampak belum tolak sewa, gaji tetap dan kos tetap lain. Jadi belum boleh anggap semuanya untung. Dan belum tentu semua pelanggan datang sebab kempen ni. Ada yang mungkin memang nak datang.

Semua angka asal ialah contoh untuk cuba kiraan. Tukar ikut kos dan jangkaan anda.

Soalan yang biasa ditanya

Lepas kira, tool ni terus hantar WhatsApp atau SMS?

Tak. Tool ni untuk buat kiraan sahaja. Tak perlu masukkan nama, nombor telefon atau senarai pelanggan. Kadar mesej yang anda nampak tu cuma contoh. Tukar ikut caj yang anda bayar.

Kalau kos kempen dah cover, maksudnya kempen berjaya?

Belum tentu. Ada pelanggan yang mungkin memang nak datang walaupun tak ada promo. Untuk tahu kesan kempen, bandingkan pembelian dengan keadaan tanpa kempen, contohnya kumpulan pelanggan yang tak terima tawaran. Semak juga kos sebenar dan berapa orang guna voucher. Baru boleh nilai apa yang kempen tu betul-betul tambah.

Bincang Dengan QSolvePerbincangan awal percuma.